Membawang Hari Ini

Mutfi Jemput Faiz Roslan Hadir Ke Pejabat

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput Muhammad Faiz Roslan yang popular di media sosial kerana berpakaian wanita dan tular baru-baru ini kerana tidak berpuasa untuk hadir ke Pejabat Mufti wilayah Persekutan.

Menurut laporan Utusan Online, Dr. Zulkifli yakin dan percaya Muhammad Faiz mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi kerana beliau dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan program televisyen Motif Viral dan berbincang dengan baik baru-baru ini.

“Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

“Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,” kata Dr. Zulkifli dalam Facebook beliau.

Mengenai beberapa pihak yang meminta Pejabat Mufti mengenakan tindakan kepada Muhammad Faiz atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan, Dr. Zulkifli berkata sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Muhammad Faiz yang merupakan seorang “instafamous” sering memuatnaik gambar dengan berpakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");