Perak Hari Ini

Najib Mahu Menang 3-0 Di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan 3-0 di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Kemenangan 3-0 itu merujuk kepada kemenangan bagi tiga kerusi Parlimen Sungai Siput dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang serta Jalong.

Beliau turut menyifatkan kawasan Sungai Siput bukan lagi kawasan hitam sebaliknya telah bersedia untuk diambil-alih oleh Barisan Nasional (BN).

“Banyak orang kata Sungai Siput kawasan hitam,kawasan ini bukan kawasan hitam tetapi kawasan ini sudah bersedia untuk diambil alih oleh BN tapi kali ini saya tak nak menang 2-1 saya nak menang 3-0,”katanya ketika berucap merasmikan program Hebatkan Negaraku di Pusat Konvensyen di sini hari ini.

Katanya, himpunan politik yang dianjurkan pihak BN mendapat sokongan luar biasa apabila orang ramai memenuhi semua ruang dewan dan di luar dewan.

Malah katanya pembangkang kerap berbohong, suka menjual cerita pelbagai perkara hinggakan telah bertindak membawa penonton dari luar meyaksikan ceramah yang dianjurkan mereka.

“Tak ada orang luar di sini sebahagian besar adalah orang sini,inilah menifestasi dan bukti Sungai Siput Insyaallah akan kembali ke pangkuan BN.Beri mandat pada BN 9 Mei ini, Sungai Siput akan berubah pentadbirannya.

“Pembangkang tak ada modal yang ada tsunami fitnah jual fitnah jual kebencian dan janji palsu, itu dia tak ada lain tiada senjata, tiada jasa tiada agenda, tiada hala tuju yang jelas sehingga manifesto pembangkang tiada nilai sama sekali berbeza dengan manifesto BN mendapat sambutan begitu hangat janjikan banyak projek dan inisiatif,” katanya.

Katanya, hanya Kerajaan BN yang dapat memberi bantuan kepada orang ramai meneruskan kehidupan melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang ditingkatkan pada Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");