Berita Hari Ini

Najib undi awal di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

PEKAN – Calon BN Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi.

Kerusi yang disandang beliau sejak tahun 1976 ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Sementara itu, ibu kepada Najib, Tun Rahah Mohd Noah turut tiba di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut sendiri Najib dan diiringi anak beliau yang juga Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Sementara itu, seramai 2,390 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos di pusat pengundian sekolah berkenaan.

Bagi PRU14 ini Najib dicabar calon daripada Pas, Kapten (B) Athiatudin Daud; Mohamad Zahid Md Arip (PKR) dan Datuk Paduka Abd Kadir Sainuddin (Bebas).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");