Perak Hari Ini

NGO Gesa Aktiviti Korek Pasir Dihentikan

MANJUNG: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) berharap agar kerja-kerja  mengorek pasir di kawasan muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, dekat sini dapat dihentikan segera kerana bimbang ia akan menjejaskan habitat pendaratan penyu.

Pegawai Lapangan organisasi bukan kerajaan (NGO) itu, Meor Razak Abdul Rahman berkata sebagaimana yang dinyatakan dalam Rancangan Fizikal Negara, kawasan pantai di Pasir Panjang yang dianggarkan seluas 7km itu merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS).

Jelasnya, selain pengambilan pasir, aktiviti-aktiviti berat yang lain seperti melibatkan industri dan pembalakan sepatutnya tidak boleh dilakukan di kawasan berkenaan.

“Kawasan persisir pantai Pasir Panjang ini adalah kawasan berisiko hakisan dan tsunami,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Lumut, dekat sini, pada Khamis.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata menerusi tinjauannya bersama KUASA, mereka mendapati kerja-kerja pengorekan pasir itu dilakukan bertujuan melebarkan muara sungai bagi membendung masalah banjir.

Namun katanya, ia dilihat sudah sempurna dan sepatutnya dihentikan serta-merta.

“Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)  Daerah Manjung mengesahkan sebanyak 36,000 tan pasir telah dikeluarkan dan masih berbaki 4 tan. Difahamkan ia akan diselesaikan dalam tempoh seminggu, bermula semalam,” katanya.

Beliau juga diberitahu bahawa kesemua pasir yang dikeluarkan itu dibawa ke Teluk Muroh bagi tujuan penambakan laut.

Dalam pada itu, Mohd Hatta juga turut menggesa agar Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Daerah Manjung, dapat memindahkan Tapak Pelupusan Teluk Mengkudu, Pantai Remis ke kawasan lain kerana bimbang ia akan membawa kepada pencemaran laut.

Katanya, tapak perlupusan sampah yang dianggarkan berkeluasan enam buah padang bola sepak itu hanya berada tidak kurang 500 meter dari laut.

“Tapak pelupusan sampah itu hanya dibuat secara lambakan dan tidak di uruskan dengan cara pelupusan sanitari sisa pepejal,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");