Berita Hari Ini

Pakatan Harapan Mansuh GST,Kembali Pada SST

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional pada April 2015.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka akan menggantikan sistem tersebut dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini.

“Ia bukan keputusan yang kebelakang tetapi kita akan membatalkannya. Kita tidak memerlukannya. Kita akan kembali menggunakan sistem SST,” katanya pada sidang media khas PH sebentar tadi lapor Mstar Online.

Pemansuhan GST antara 10 perkara dalam manifesto gabungan parti politik yang bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kadar GST yang ditetapkan ketika ini adalah sebanyak enam peratus berbanding SST 16 peratus.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, cili, rempah ratus, ikan masin, perkasam, cencalok, budu dan belacan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");