Panasnya Hari Ini

PAS Tolak Kajian Invoke Malaysia

KOTA BHARU: Kajian Invoke Malaysia yang melaporkan PAS itu bakal gagal memperoleh sebarang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) esok ditolak oleh parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kajian yang dilakukan parti itu sendiri mengeluarkan keputusan berbeza.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat, PAS akan terus mentadbir Kelantan, selain memperoleh keputusan positif di negeri lain.

“Kita pun ada kajian sendiri dan dapat maklum balas, Insya Allah setakat ini kita pertahankan kerajaan (Kelantan).

“Cuma kerusi sahaja yang kita tidak boleh sebut dengan tepat, mungkin akan berlaku kekurangan kerusi.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus kekal, malah di sebelah luar pun (negeri lain) kita dapat maklumat positif,” katanya ketika ditemui selepas Munajat Perdana PAS Kelantan sempena PRU-14, hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan tinjauan Invoke Malaysia yang meramalkan pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang dengan majoriti mudah.

Dalam tinjauan itu, Invoke turut menjangkakan PAS tidak akan menang satu kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mohd Amar berkata, pihaknya menyifatkan kajian itu sebagai sampah.

“Bagi kami (kajian ini) nak kata ‘rubbish’ pun boleh juga tapi saya tidak mahu ulas lanjut kerana itu hak dia, kita pun tidak tahu metodologi yang digunakan.

“Kita ada kajian sendiri dan yakin dapat pertahankan negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");