Perak Hari Ini

Pasangan Kekasih Ada Kandungan 6 Bulan Antara Ditahan AADK

IPOH: Seorang wanita melayu dan lelaki India yang bersekedudukan di sebuah bilik di Bercham, dekat sini antara 10 penagih dadah yang berjaya dicekup menerusi Ops Aduan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri  Perak.

Pengarahnya, Khairul Anwar Ahmad berkata, pihak AADK bertindak atas maklumat awam dan seramai 12 orang anggota telah melakukan operasi di lima buah kawasan sekitar Ipoh pada 30 dan 31 Mei.

Ia meliputi sekitar Manjoi, Kampung  Kledang, Bandar Baru Putra, Taman Tawas Mewah dan Bercham.

Ujar Khairul, akibat ketagihan dadah, wanita yang berusia 20an itu sanggup bersama dengan teman lelakinya yang berusia 10 tahun tua daripadanya sehingga mengandungkan anak kedua yang kini berusia 6 bulan, tanpa sebarang ikatkan perkahwinan yang sah.

Tambahnya, wanita yang berasal dari Baling, Kedah dan menetap di Ipoh sejak 5 tahun lalu bersama kekasihnya itu pernah menjalani hukuman penjara  6 bulan di di bawah kesalahan sama.

Difahamkan anak pertama kini dijaga oleh ibu wanita berkenaan.

“Suspek lelaki tersebut baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara di Pulau Pinang selama tiga tahun atas kesalahan rompakan bersenjata dan cuba menyebabkan kematian ataupun kecederaan.

“Namun, suspek tidak disabitkan kesalahan tersebut sebaliknya hanya tahanan reman.

“Kini suspek dikenakan perintah pengawasan polis bermula 7 Februari 2018 sehingaa 6 Februari 2019 selain kakinya dipasang tag pengesan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Meru Raya, dekat sini, pada Khamis.

Khairul berkata, wanita penganggur dan kekasihnya yang bekerja sebagai buruh itu akan diserahkan kepada polis untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Hasil saringan awal mendapati kesemua yang ditahan postif dadah masing-masingnya jenis morphin, ganja dan methamphetamine.

Lapan yang lain termasuk seorang lagi wanita, akan direman selama 14 hari bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");