Jenayah

Peguam Najib Tarik Diri Beberapa Jam Sebelum Ke SPRM

KUALAL LUMPUR: Hanya beberapa jam sebelum bekas Perdana Menteri memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua peguamnya, Harpal Singh Grewal dan M Athimulan telah memutuskan untuk menarik diri.

Harpal mengesahkan beliau menarik diri selepas mengadakan pertemuan di kediaman anak guamnya itu di Taman Dut, Isnin malam.

“Ya, saya sahkan kami (bersama Athimulan) sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

“Bukannya disingkir tetapi kami menarik diri kerana ada pasukan peguam lain yang akan mengendalikan kes berkenaan,” katanya, sebagaimana dinyatakan mStar Online.

Sebelum itu, sebuah portal berita melaporkan Harpal dan Athimulan telah disingkirkan daripada pasukan guaman Najib.

Laporan itu berkata kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya.

SPRM telah menyerahkan notis memanggil Najib untuk merakam percakapannya di ibu pejabat SPRM pada pukul 10 pagi Selasa.

SPRM sebelum ini menyiasat Najib berikutan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya serta dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");