Jenayah

Peguam Negara Nafi Sorok Bukti Siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau menyorokkan bukti berkaitan siasatan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apandi, ketika dihubungi berkata, semua keputusan dibuat sebelum ini adalah berdasarkan fakta yang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang.

“Semua tindakan yang dilakukan saya adalah jelas dan tanpa berselindung akan mendedahkan semuanya.

“Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu.

“Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini, berkata Apandi memperlekehkan kedudukannya dan seakan menyembunyikan perkara yang sebenar.

Malah, dalam sidang media itu, beliau dipetik berkata Apandi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes 1MDB.

Tegas beliau lagi, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.

“Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini , ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");