Perak Hari Ini

Pekan-Pekan Kecil: Beri Impak Ekonomi Pada Kawasan Pendalaman

PARIT BUNTAR:Pembangunan Pekan-pekan kecil Negeri Perak merupakan tindakan adil daripada pihak Kerajaan Negeri bagi mengagihkan konsep pembangunan kepada seluruh daerah di negeri ini terutamanya kawasan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setiap kawasan pendalaman dapat  dibangunkan untuk membentuk katalis dan perkembangan ekonomi setempat.

“Idea pembangunan pekan kecil oleh Kerajaan Negeri Perak merupakan idea kreatif yang dibincangkan dalam persidangan Pangkor International Development Dialogue (PIDD) yang memberi fokus kepada pembangunan yang mampan.

“Melalui konsep ini dan hasil tinjauan serta pandangan kita saling mengemukakan idea untuk pembangunan pekan kecil seluruh negeri ini,” katanya selepas merasmikan Dataran Amanjaya Simpang Lima yang dibina oleh Perbandanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Jelasnya, setiap kawasan perlu mempunyai sebuah pusat kegiatan ekonomi masyarakat yang mampu berkembang meluas ke peringkat kawasan sekitarnya.

“Setakat ini kita telah membina 14 kawasan Pekan Kecil yang menelan belanja sekitar RM3 juta bergantung pada lokasinya melalui pendekatan PKNP untuk membangunkan kawasan pinggiran luar bandar,” katanya.

Kerajaan Negeri katanya akan terus membina Pekan-pekan Kecil di kawasan yang memerlukan pembangunan dan peningkatan ekonomi.

“Pembinaan pekan kecil juga telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa yang diterima oleh salah seorang exco kerajaan Negeri kerana pihak luar melihat idea ini sebagai satu idea yang kreatif telah dibangunkan oleh kerajaan,” katanya.

Terdahulu Dataran Amanjaya Simpang Lima berkeluasan 1.45 ekar yang menelan belanja pembinaan sekitar RM3 juta serta menyediakan empat unit kedai desa (2 tingkat), empat unit kedai desa (satu tingkat) dan empat unit kedai desa.

Turut disediakan premis kedai untuk jualan iaitu tiga unit kedai satu tingkat (RM150,000), kedai satu tingkat (RM240,000) berbeza keluasan dan empat unit kedai dua tingkat (RM250,000).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");