Perak Hari Ini

PEKIDA Manjung Nafi Edar Risalah Kritik BN

SERI MANJUNG: Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Manjung menafikan penerbitan beberapa risalah yang didedarkan di sekitar Kampung Lekir dan Kampung Kayan, hari ini.

Risalah tersebut memaparkan gambar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berjabat tangan dengan Presiden China, Xi Jinping dengan disertai tulisan berbunyi: “Jemaah Membantah Kerjasama Barisan Nasional Dengan Parti Komunis China”

Timbalannya, Ramli Hasan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan risalah itu dibuat bertujuan mahu memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan ahlinya.

Jelasnya, ianya juga berkemungkinan mempunyai motif dengan mahu mengalihkan pandangan ahli-ahlinya daripada terus menyokong Barisan Nasional (BN), menjelang saat-saat akhir sebelum tiba hari membuang undi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) esok.

“Kami merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong kerajaan pimpinan BN.

“Saya percaya ini mempunyai unsur-unsur politik jahat yang mana mahu mensabotaj sokongan ahli-ahli kami kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan calon Parlimen Lumut,” katanya dalam satu sidang media dekat sini, hari ini.

Jelasnya risalah tersebut dipercayai mula diedarkan di sekitar daerah ini pada awal pagi dan dijangka akan berakhir pada malam ini.

Namun, menurut Ramli, perkara itu berjaya dibendung apabila ahli persatuannya berjaya menemui salah satu risalah tersebut.

Akibat daripada itu, beliau dan beberapa ahli jawatankuasnya mengutip seberapa banyak risalah yang mampu diperoleh dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, pada jam 3.00 petang tadi.

Ramli menggesa agar orang ramai khususnya yang tinggal di sekitar Kampung Lekir dan Kampung Kayan agar tidak mengendahkan risalah tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");