Jenayah

Pelampau Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – PALESTIN . Kira-kira 300 pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa, semalam di tengah-tengah keganasan yang semakin meningkat akibat tindakan kekerasan dilakukan tentera Israel ke atas penduduk Palestin.

Ketua Biro Media Jabatan Yayasan Islam di Baitulmaqdis, Firas al-Debs memberitahu, seramai 284 pelampau memasuki al-Aqsa melalui Gerbang al-Magharibah diiringi tentera rejim Zionis dan unit polis khas.

“Mereka cuba melakukan tindakan provokasi di kawasan masjid suci itu, namun tindakan biadab itu dihalang beberapa pengawal dan orang Islam,” jelas laporan agensi berita Safa.

‘Pencerobohan’ oleh golongan ekstremis itu dijangka berterusan kerana penganut Yahudi sedang meraikan upacara keagamaan digelar Shavuot.

Situasi di Baitulmaqdis semakin tegang sejak beberapa minggu lalu dan ia bertambah buruk selepas Amerika Syarikat memindahkan kedutaan mereka di Kota Lama terbabit pada Isnin lalu lapor Press TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");