Sukan Hari Ini

Pelik Jika Lihat Neymar Kembali Bersama Barca

LAGENDA Barcelona, Andres Iniesta, percaya pelik jika Neymar kembali bersama juara LaLiga itu.

Neymar melakukan perpindahan yang mengejutkan dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu.

Tetapi pemain kebangsaan Brazil itu telah dikaitkan bakal kembali ke Sepanyol dan Real Madrid dilihat menjadi destinasinya.

Iniesta, yang bakal meninggalkan Barca pada penghujung musim ini menyifatkan sesuatu yang pelik jika Neymar kembali ke Nou Camp.

“Saya tidak berasakan terdapat masalah dalam bilik persalinan tetapi pada pendapat saya, ia akan menjadi agak pelik menyaksikan Neymar bersama Barca,” katanya, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Ketika Iniesta bakal meninggalkan kelab, Barca dilaporkan akan menandatangani bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann sebelum musim baru bermula.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu melabel kehadiran Griezmann ke dalam pasukan akan melonjakkan mutu pasukan.

“Saya menyedari Griezmann adalah penyerang terbaik dunia pada ketika ini tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Buat masa ini, dia masih milik Atletico, jika dia menyertai kami, ia adalah satu kelebihan buat pasukan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");