Perak Hari Ini

Peluang Cerah Untuk BN Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM:Tempoh kempen yang berbaki dua hari sahaja lagi dimanfaatkan sepenuhnya oleh calon Barisan Nasional Kerusi Parlimen Tanjung Malim Datuk Dr Mah Hang Soon bagi mendapatkan sokongan pengundi di kawasan itu.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri berkata sepanjang tempoh berkempen menerima respon yang cukup baik daripada penduduk setempat.

“Keutamaan diberikan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan Tanjung Malim semalam saya telah melawat ke 15 PDM dalam kawasan ini dan pagi ini sahaja sudah 5 PDM dilawati.

“Lawatan PDM adalah setiap hari dan perjumpaan ini adalah satu keutamaan kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Tok Batin seluruh Parlimen Tanjung Malim di Muse Hotel di sini hari ini.

Turut hadir sama memberi amanat dan berkongsi harapan calon Dun Slim merangkap Pengerusi BN Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib dan calon Dun Behrang Datuk Rusnah Kassim.

Mengulas mengenai harapan BN mempertahankan kerusi Parlimen itu jelas Mah, berdasarkan sambutan yang diberikan penduduk BN mempunyai peluang cerah pada pilihan raya umum ke-14 kali ini.

“Berdasarakan sambutan sangat cerah di sini kemungkinan kita menang.

“Sebenarnya Tanjung Malim berada di ambang kepesatan sebagai sebuah bandar Proton City hub pendidikan, belia yang berpotensi untuk dibangunkan termasuk sektor pelancongan.

“Hospital Slim River juga boleh dinaiktaraf perkhidmatannya kepada yang lebih baik malah lokasi Tanjung Malim yang hampir  dengan Kuala Lumpur turut menjadi satu kelebihan,” katanya.

Katanya Tanjung Malim berpotensi besar dibangunkan sebagai bandar belia bandar dan kesempatan itu perlu digunakan untuk menggalakkan generasi kedua menetap di Tanjung Malim terutama generasi kedua Felda yang kebanyakkannya telah berhijrah.

“Kita mahu generasi muda kembali semua ke kawasan ini untuk sama-sama membangunkan Parlimen Tanjung Malim,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");