Berita Hari Ini

Pemandu teksi, Grabcar digalak carum Perkeso

TANJONG KARANG – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggalakkan lebih ramai pemandu teksi dan GrabCar berdaftar dengan agensi itu memandangkan skop kerja mereka yang mudah terdedah kepada risiko kemalangan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, setakat 26 April lepas, sebanyak 4,167 individu daripada kelompok berkenaan berdaftar sebagai pencarum tetapi bilangan itu masih rendah.

Ini kerana katanya, terdapat kira-kira 80,000 pemandu teksi dan GrabCar sedang beroperasi seluruh negara dan mereka juga merupakan pekerja layak dilindungi dengan pelbagai manfaat daripada Perkeso.

“Pencarum daripada golongan ini dikategorikan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang mula diperkenalkan pada 1 Jun 2017. Setakat ini, 16 kes tuntutan melibatkan bayaran faedah sebanyak RM26,667.30 telah kita selesaikan,” katanya, hari ini.

Aseh berkata, golongan ini perlu mencarum kerana jika ditimpa kemalangan tanpa mencarum, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat.

Menurutnya, Perkeso kini sedang giat melaksanakan pelbagai sesi penerangan kepada golongan itu supaya mereka faham tentang caruman dan manfaatnya kepada diri sendiri serta keluarga jika berlaku perkara tidak diingini.

Aseh ditemui selepas Majlis Pra Pembukaan Pejabat Perkeso Tanjong Karang disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di sini.

Pembukaan cawangan pejabat terbabit akan menjadikan empat cawangan Perkeso diwujudkan di Selangor daripada keseluruhan 53 pejabat Perkeso di seluruh negara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");