Perak Hari Ini

Pembangkang Degil, Langgar Peraturan SPR

LUMUT: Tindakan parti pembangkang yang enggan menurunkan papan iklan berkempen Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang mengandungi mesej berbaur fitnah jelas menunjukkan kedegilan mereka dengan pihak berkuasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu amat dikesali kerana sebagai parti-parti yang bertanding, kesemua mereka seharusnya mematuhi setiap peraturan yang digariskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Jelasnya, dalam situasi terkini pembangkang dilihat lebih gemar menggunakan pendekatan menimbulkan dakwaan tidak berasas yang bertemakan rasuah, penyelewengan serta maki hamun yang memberikan gambaran buruk kepada pihak lawan.

“Sebab itu dalam konteks BN kita akur dengan setiap peraturan yang sudah ditetapkan, namun bagi kumpulan ini mereka tidak peduli.

“Apabila SPR mengambil tindakan, pembangkang akan menuduh pihak itu menyebelahi BN sedangkan ia adalah peraturan yang ditetapkan ketika berkempen,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sesi berkempennya  di Kampung Batu 4 dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  berkenaan tindakan pembangkang yang tidak mempedulikan peraturan pilihan raya apabila memasang papan iklan menuduh kerajaan pimpinan BN sebagai rasuah.

Papan yang dipacakkan di Jalan Pasir Putih, Ipoh itu menuduh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan telah menyebabkan harga barang naik.

Susulan itu, pihak SPR menasihatkan pembangkang untuk menurunkan iklan berkenaan namun sebaliknya mereka berdegil dan melekatkan ikon ‘Jynx’ iaitu kare8ktor animasi Pokemon pada perkataan BN.

“Kalau nak buat kita pun boleh buat. Yang berada di sana pun kita tahu bukanlah baik sangat, namun kita tidak ambil pendekatan seperti itu.

“Apabila SPR membuat ketetapan peraturan yang perlu kita ikuti maka, kita ikutlah, jangan tunjuk dengan cara kita kerana apabila masing-masing menunjuk cara sendiri ia akan menunjukkan suasana yang tidak baik dan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor berkata, pendekatan yang digunakan BN pada musim pilihanraya ini ialah berkempen dengan penuh berhemah.

“Kita tidak main politik cara mereka yang di atas pentas ceramah menggunakan pendekatan maki hamun. Saya lihat rakyat pun kini mula muak dengan cerita-cerita mereka yang tak habis-habis membelasah orang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");