Panasnya Hari Ini

Pembangkang guna isu pelaburan China modal PRU14

MELAKA – Rakyat terutamanya masyarakat Cina di negara ini perlu berwaspada dengan isu pelaburan dari negara China yang sering dimainkan pembangkang, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kerajaan diterajui BN berusaha keras memajukan negara antaranya dengan menarik ramai pelabur luar dari China, namun kesal usaha itu dijadikan modal untuk serangan politik oleh pembangkang.

“Melaka mempunyai kerjasama yang rapat dengan banyak negara termasuk China yang membuat pelaburan di negara ini, tetapi kita kesal dengan Pakatan Harapan asyik mempermainkan isu pelaburan negara China di Malaysia.

“Mereka suka uar-uarkan dan besar-besarkan kononnya kita menjual kedaulatan negara ini kepada China dan ini semua adalah pembohongan yang terbesar oleh pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah perdana MCA Melaka di Duyong, malam tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan 10 calon BN-MCA yang bertanding di kerusi parlimen dan Dun di Melaka.

Tiong Lai yang mempertahankan kerusi Parlimen Bentong pada PRU14, turut kesal dengan Harapan yang kerap menggunakan taktik kotor dengan menggunakan isu-isu yang tidak benar dan mengkritik dengan memutar belitkan isu-isu dalam negara.

“Banyak kali dah kita sebut dengan jelas bahawa agenda transformasi negara telah berjaya sehinggakan banyak negara luar yakin dengan Malaysia, namun hanya pemimpin Harapan yang mengkritik dan cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Jelas perkara-perkara ini adalah sekadar hasutan agar mereka dapat meraih undi pada PRU14 ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan, demi masa depan keluarga dan anak bangsa, rakyat di negara ini tidak boleh mudah mempercayai segala ucapan Harapan yang kerap mengapi-apikan dan membakar hati rakyat.

“Janganlah dengar tohmahan pada Harapan kerana mereka sememangnya penghasut, hipokrit dan sangat suka menggunakan pendekatan negatif untuk pecah belahkan rakyat,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");