Berita Hari Ini

Pembangkang sebar risalah fitnah jatuhkan calon

KOTA BHARU: Pembangkang kini dilihat terdesak untuk memenangi pilihan raya apabila mula menggunakan taktik menyebarkan risalah fitnah kepada orang ramai untuk menjatuhkan calon parti lawannya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan tidak berintegriti itu terpaksa dilakukan mereka untuk menarik sokongan pengundi di kawasan yang disasarkan.

Katanya, beliau juga tidak terkecuali apabila risalah fitnah mengenai dirinya mula tersebar di sekitar Parlimen Ketereh sejak semalam.

“Petang semalam, ada satu risalah yang gunakan gambar saya yang memuatkan kenyataan pelaburan mewah MARA di Australia dan biasiswa MARA dibatalkan.

“Ini sudah tentu berbau fitnah, kerana pelaburan aset MARA di luar negara berlaku sebelum saya menjadi Pengerusi MARA, kenapa nak kaitkan saya dengan benda ini dan satu lagi tidak pernah MARA batalkan biasiswa.

“Bagi orang cerdik pandai, mereka tidak akan percaya pembangkang yang cuba nak kritik kerajaan serta begitu ghairah menabur politik kebencian. Bagaimanapun saya percaya ia akan ditolak rakyat,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Menyintai al-Quran di Kampung Padang Upeh di sini malam tadi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Ketereh itu berkata, BN negeri dan pusat sudah menubuhkan satu pasukan untuk memantau kegiatan menyebar fitnah ini sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

“Pasukan ini disertai peguam dan mereka akan mengambil setiap dokumen, poster dan ucapan yang menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Buat masa ini kita perlu tumpu kepada pilihanraya dan ini bukan bermakna kita lepas tangan kerana tindakan akan diambil sebaik selesai PRU nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");