Panasnya Hari Ini

Pembentukan k’jaan negeri Perak, Kedah, Sabah ditentukan parti terlibat – SPR

Pembentukan kerajaan negeri di Perak, Kedah dan Sabah yang masih tergantung susulan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri terbabit, perlu ditentukan sendiri oleh parti politik terlibat.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata suruhanjaya itu hanya boleh mengumumkan bilangan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding dan tidak boleh memutuskan parti mana yang layak membentuk kerajaan negeri.

“Terpulang kepada parti masing-masing untuk berbincang. Kita tidak boleh tentukan siapa yang bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Menara SPR  di Putrajaya pada awal pagi ini.

Terdahulu beliau mengumumkan keputusan PRU14 bagi 60 kerusi DUN di Sabah yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 29 kerusi, manakala PKR (dua), DAP (enam), Parti Warisan Sabah (21) dan Parti Solidariti Tanah Airku menang dua kerusi.

Di Kedah, daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, PKR menang 18 kerusi, PAS (15) dan BN (tiga), manakala di Perak, PKR menang 29 kerusi, BN (27) dan PAS (tiga) daripada keseluruhan 59 kerusi DUN.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");