Panasnya Hari Ini

Pemecatan Veteran Umno Beri Kesan Kepada BN

SHAH ALAM – Tindakan Umno memecat dua veteran Umno yang yang juga tokoh ternama dan berpengaruh dilihat akan memberi kesan kepada BN menjelang saat akhir tempoh berkempen PRU14.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, ia akan menyebabkan semangat Pakatan Harapan meningkat dan pola pengundian orang muda akan juga terarah perhatiannya kepada golongan ini.

Menurutnya, walaupun Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan seorang lagi yang masih disiasat, Tan Sri Rais Yatim sudah berusia, tetapi impak kepada pemain di pelbagai sektor serta juga di kalangan bekas wakil rakyat dan rakan politik strategik boleh menyebabkan kempen BN terganggu.

“Jika tiada keputusan rasmi tidak menimbulkan masalah, tapi apabila sudah ada hitam dan putihnya, ia menjadikan mereka selebriti Pakatan Harapan yang laris di pasaran, bahkan ini akan mengganggu usaha meningkatkan paras sokongan terhadap BN.

“Lagi pula BN seolah hilang tokoh-tokoh berwibawa untuk dijadikan juru kempen berkesan sebagai penarik kehadiran awam pada sesi kempen,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, menteri BN hanya hadir seolah merasmikan projek sahaja dan kelihatan hadir atas kapasiti rasmi kerajaan, bukan sebagai juru kempen yang berhadapan rakyat secara langsung.

Katanya, banyak program BN hanya berkisar kepada penyokong dan juga jawatankuasa parti sahaja, tidak berjaya menarik kehadiran orang awam bagi mendengar ucapan, mungkin kerana ianya tidak lagi menarik perhatian awam.

“Kini peluang BN untuk kekalkan Putrajaya hanya pada kadar perolehan kerusi antara 118 hingga 128 sahaja. Ia sangat kritikal dan ditambahkan pula dengan banyak calon diletakkan amat berisiko ditolak orang awam atas personaliti tidak disenangi.

“Daim, Rafidah dan Rais serta beberapa tokoh menteri dan wakil rakyat BN yang kelihatan mesra Pakatan akan memberikan impak kepada peningkatan sokongan awam pada pihak pembangkang,” katanya.

Tambahnya, DAP yang kelihatan senyap akan dilihat membawa kesan baik pada pola pengundian kali ini, selain pengenalan satu logo bagi Pakatan Harapan juga membawa dimensi baru yang positif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");