Berita Hari Ini

Pemerhati antarabangsa bukti SPR telus

NASIONAL
Pemerhati antarabangsa bukti SPR telus
SITI AZIELAH WAHI
8 MEI 2018
Pemerhati antarabangsa bukti SPR telus
Semakan peti undi di Pusat Penjumlahan Undi kawasan pilihan raya P125 Putrajaya.
A- A+ (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA- Kehadiran pemerhati antarabangsa bagi memantau proses PRU14 berlangsung esok membuktikan ketelusan sistem ketelusan pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, sembilan pemerhati antarabangsa yang tiba semalam itu mempunyai pengalaman dalam proses pilihan raya di negara masing-masing.

“Disamping membuktikan proses pilihan raya yang telus, kehadiran kesemua pemerhati antarabangsa ini memberi input kepada pihak SPR bagi menambah baik proses pilihan raya negara kita pada masa akan datang,”katanya.

Sementara itu, kesemua pemerhati antarabangsa itu telah dibawa untuk membuat semakan peti undi di pusat pengundian di Putrajaya pada pagi tadi.

Beliau berkata banyak soalan dikemukakan pemerhati antarabangsa dan mereka akan dibawa menyaksikan proses buang undi di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Mereka merupakan wakil dari Maldives, Kemboja, Pakistan, Azerbaijan, Thailand, Indonesia, India, Filipina, Kyrgystan, dan Uzbekistan

Sementara itu, proses semakan peti undi bagi kawasan mengundi P125 Putrajaya yang bermula jam 9 pagi telah selesai kira jam 12 tengah hari di Kompleks Kejiranan Presint 9.

Pegawai Pengurus SPR kawasan Putrajaya Datuk Azizi Ahmad Termizi memaklumkan, sebanyak tujuh pusat daerah mengundi dengan 44 saluran dibuka di Putrajaya iaitu di lima sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah.

Pusat daerah mengundi tersebut adalah di Sek Keb Presint 11(4), Sek Keb Presint 16(1), Sek Men Keb Presint 14(1), Sek Men Keb Presint 9(2) , Sek Keb Presint 9 (2) Sek Keb Presint 8(2) dan Sek Keb Presint 9(1).

Seramai 332 petugas akan ditempatkan dikesemua pusat mengundi yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Proses pengiraan undi akan dilakukan di pusat-pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi.

Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan seramai 27,306 pengudi di mana 793 daripadanya merupakan pengundi awal yang telah selesai mengundi kelmarin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");