Berita Hari Ini

Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Toleh Belakang – Mohamad Hassan

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan ahli UMNO jangan kecewa dengan kekalahan yang berlaku kepada parti itu dalam tsunami rakyat yang diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sebaliknya, mereka perlu terus maju dan tidak sekali-kali menyesal dengan apa yang terjadi kepada parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika mengingatkan barisan kepimpinan parti berkata, mereka harus ingat asal usul, iaitu orang Melayu dibela oleh UMNO sejak belum merdeka lagi.

“Jangan toleh ke belakang. Kita kena ingat asal usul kita, (dan) perjuangan kita.

“Jangan menyesal dengan apa yang terjadi, tetapi ingatlah, inilah titik tolak untuk bangkit kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya yang dipetik melaltu Twitter miliknya hari ini.

UMNO menerusi BN kalah teruk pada PRU14 Rabu minggu lalu, yang menyaksikan kehilangan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya dan 12 daripada 14 negeri.

Berikutan itu, sehari selepas PRU, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkuatkuasa serta merta.

Justeru, segala tugas presiden dipangku oleh Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");