Panasnya Hari Ini

Pendedahan UbahTV Buka Mata Rakyat

KUBANG PASU: Pendedahan Penolong Penerbit UbahTV milik DAP, Amran Ahmad, mengenai cubaan DAP menyebarkan propaganda bersifat fitnah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seharusnya dapat membuka mata rakyat untuk menolak pakatan pembangkang, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata pendedahan itu wajar dipuji kerana tindakan DAP itu boleh menghancurkan negara hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik.

Katanya, pendedahan itu juga jelas membuktikan perancangan DAP dan pakatan pembangkang menggunakan media sosial bagi menjatuhkan kerajaan BN.

“Saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana memang sudah dijangka banyak perkara yang akan berlaku termasuk taktik kotor menjelang hari mengundi,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN Kubang Pasu di sini, lapor Berita Harian.

Beliau mengulas pendedahan Amran mengenai tindakan terdesak DAP yang merancang mengedarkan puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Amran yang mendedahkan perkara itu semalam, berkata semua bahan propaganda berniat jahat dan berunsurkan fitnah itu sudah siap dan akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian Rabu ini.

Beliau mendakwa, antara fitnah sedang dan akan terus disebarkan parti pembangkang itu adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), FELDA dan Tabung Haji, selain menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.

Mohd Johari berkata, pendedahan itu perlu diambil secara serius bagi memastikan DAP dan mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya yakin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahu apa yang perlu dilakukan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata rakyat juga pasti sedar dengan sikap DAP yang selama ini memfitnah dan cuba menjatuhkan kepemimpinan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");