Perak Hari Ini

Pendekatan ‘Localise’ Strategi Kemenangan BN

AYER TAWAR: Antara strategi pengekalan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada setiap pilihanraya khususnya di kawasan luar bandar adalah dengan menggunakan pendekatan ‘localise’ ataupun berkempen dengan cara memberi perhatian yang lebih pada satu-satu kawasan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ianya juga akan dan sedang diteruskan dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang mana hari berkempennya berbaki dua hari lagi.

Jelasnya, menerusi beberapa analisis pilihanraya yang dijalankan, pengundi di dalam satu-satu kawasan itu lebih selesa untuk mengenali calon dan parti yang bertanding itu secara dekat.

“Kita tidak ambil pendekatan pembangkang yang mana, yang mana mengadakan ceramah-ceramah besar.

“Dalam konteks BN, seperti mana yang dilakukan kita tidak menggerakkan ribuan orang tetapi kita pergi ke setiap kawasan rumah ataupun lokaliti bagi bertemu rakyat dan pengundi.

“Bukan seperti mereka yang berhimpun secara besar-besaran dalam usaha mengubah persepsi seolah-olah mendapat dokongan besar,” ujarnya.

Zambry yang juga calon bagi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor tururuy menzahirkan keyakinan kemenangan BN dalam PRU14.

Katanya, menerusi perkhidmatan yang terbaik BN kepada negeri seperti melalui program-program pemukiman, rakyat boleh memberikan penilaian terbaik kepada BN untuk terus menerajui pentadbiran di Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam progam siri jelajah kempen PRU14 di Kampung Telaga Nenas, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, calon BN DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Terdahulu Zambry berkesempatan meninjau dan beramah mesra dengan penduduk setempat di sekitar Kampung Teluk, di sini dan Bandar Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");