Perak Hari Ini

Penduduk Rebut Peluang Jadi Usahawan Sektor Pelancongan

TANJUNG TUALANG:Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited meneruskan segala pembangunan melibatkan sektor pelancongan di sekitar Parlimen Kampar walaupun masih belum mendapat ‘habuan’ sepenuhnya hasil daripada manfaat perancangan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah berkata masih terdapat ramai penduduk setempat yang berpotensi menjadi usahawan dalam industri pelancongan komuniti di sekitar kawasan Kampar.

“Setelah merdeka hingga kini adalah menjadi usaha Barisan Nasional (BN) bukan sahaja membela rakyat tetapi mengekalkan kestabilan yang boleh bawa keharmonian daripada segala aspek daripada ekonomi dan sosio.

“Kita akan terus berusaha walaupun secara perlahan-lahan membuat pembangunan di kawasan ini

“Kita juga ada sebab memilih mengadakan program Kapal Korek Tanjung Tualang NO.5 (TT5) kerana lokasi ini adalah produk terbaru yang dibawa ke Dun Tualang Sekah pernah kita terbayang ia berupa sebegini,kita hidupkan kembali kapal korek,ambil pekerja lama jadi pemandu pelancong, adakan pelbagai aktiviti belum lagi perancangan membina sebuah gudang tempat untuk orang ramai berniaga pastinya kita akan mendapat limpahan ekonomi kelak,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Sayang Malaysia #HebatkanTualangSekah di perkarangan kawasan kapal korek TT5 di sini hari ini.

Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim.

Katanya lagi,Dun Tualang Sekah bukan sahaja memiliki kapal korek bersejarah tetapi juga juga mempunyai istana lama bersejarah Kellie’s Castle yang menerima 20,000 kehadiran pelancong dalam masa sebulan.

“Termasuk Gua Tempurung yang kita lakukan audit keselamatan untuk pelancongan kerana semua ini pelancongan berasaskan komuniti dimana masyarakat tempatan harus mengambil peluang menjadi usahawan dalam bidang ini.

“Kampar dan Kinta juga telah dimasyurkan sebagai sebagai tapak Geopark,kita mungkin belum mendapat habuan sepenuhnya tetapi saya boleh maklumkan saya lihat ramai penduduk yang berpotensi jadi usahawan dalam industri ini,” katanya.

Tambahnya lagi pembangunan di Dun Tualang Sekah juga akan tambah rancak dengan pembinaan projek perumahan Amanjaya bagi perumahan mampu milik dan rumah belia Amanjaya yang dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");