Perak Hari Ini

Pentadbiran PKNP, SADC, MB Inc Bakal Dirombak

TAPAH: Pentadbiran tiga buah syarikat berkenaan kerajaan (GLC) yang utama di Negeri Perak bakal mengalami rombakan dan ianya akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Menteri Besar, Ahamd Fazial Azumu berkata GLC yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak (SADC) serta Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).

Jelasnya, buat masa ini kerajaan negeri sedang menjalankaan siasatan audit forensik terhadap kesemua urus tadbir di dalam ketiga-tiga GLC yang telah diuruskan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu.

“Saya telah ambil tindakan dengan membekukan akaun mereka buat sementara,dan juga telah bertindak dengan melakukan forensik audit serta bakal melihat perundingan-perundingan mereka sebelum ini.”katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tapah, dekat sini pada Rabu.

Walau bagaimanapun, Ahmad Faizal menjelaskan bahawa pendekatan tersebut adalah bersifat ‘bedah siasat’ secara teliti dan bukannya dilakukan dengan secara tergesa-gesa.

Ujarnya, kesemua yang tindakan diambil adalah sebagai ruang kepada pihak kerajaan negeri untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai GLC tersebut selain memudahkan proses perencanaan serta perancangan untuk memandu arah syarikat pada masa akan datang.

Tambah Ahmad Faizal, beliau telah melaksanakan tindakan-tindakan berkenaan sebaik sahaja memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak malah ianya turut senada dengan saranan Ketua Umum Pakatan Harapan,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada perkembangan sama, beliau juga menyambut baik bantuan sara hidup seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, siang tadi di Putrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");