Sukan Hari Ini

Perancang Brazil, Fabinho Sertai Liverpool

LONDON: Liverpool bersetuju dengan perjanjian untuk mengikat perancang Brazil, Fabinho daripada AS Monaco, umum Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Media Britain melaporkan kelab Inggeris itu bakal membayar kira-kira 40 juta pound sterling (RM212 juta) untuk membolehkan pemain berusia 24 tahun berkenaan berpindah ke Anfield pada 1 Julai ini.

“Saya berasa teruja dengan perpindahan ini,” kata Fabinho menerusi laman sesawang Liverpool.

“Ini adalah sesuatu yang selalu saya hasratkan – (menyertai) pasukan gergasi ini. Infrastruktur kelab berkenaan sangat hebat.

“Kelab bola sepak sebesar ini memerlukan khidmat saya. Saya tidak perlu berfikir banyak untuk menyertainya.

“Saya akan cuba untuk mencipta sejarah sendiri di kelab bola sepak ini. Secara peribadi, saya berharap akan dapat memenangi kejuaraan bersama kelab ini,”.

Fabinho sudah beraksi sebanyak empat kali untuk Brazil, namun tidak akan beraksi pada saingan Piala Dunia di Russia bulan depan.

Liverpool yang mengakhiri saingan EPL di tangga keempat pada musim lalu dan mara ke final Liga Juara-Juara, sebelum ini turut mengikat pemain Guinea, Naby Keita daripada kelab Jerman, RB Leipzig.

Sementara itu, perancang Jerman, Emre Can dijangka meninggalkan Liverpool sebaik kontraknya berakhir dan setakat ini dikaitkan akan menyertai juara Itali, Juventus.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");