Perak Hari Ini

Perdana Menteri Najib Razak Umum Berita Gembira Buat Penduduk Sungai Siput

SUNGAI SIPUT:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan berita gembira buat penduduk Sungai Siput hari ini.

Beliau semasa menyampaikan ucapan pada majlis Hebatkan Negaraku bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Sungai Siput hari ini mengumumkan  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di sini yang merupakan sekolah menengah harian pertama untuk pelajar Orang Asli dinaiktaraf menjadi sekolah berasrama penuh yang pertama di Malaysia.

Kedua, Najib mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah agama (SMKA) berasrama penuh di kawasan Lintang, ketiga khusus buat masyarkat India iaitu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Salak serta pengumuman keempat pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Siput.

Beliau turut mengumumkan  penambahan peruntukan khas bagi pembinaan rumah masyarakat Orang Asli yang menjadi keperluan utama di kawasan ini.

Bagaimanapun katanya, pengumuman itu dapat direalisasikan apabila Putrajaya masih dapat dipertahankan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya belek-belek dan lihat-lihat kalau saya nak umum sesuatu hari ini saya kena umum untuk semua, saya datang kerana apa? kerana Parlimen Sungai Siput sudah lama terpinggir. Apa ahli parlimen sebelum ini buat?buat kerja ke tidak? Apa jasanya?.

“Apa lagi orang Sungai Siput nak tunggu lagi, nak pisang berbuah dua kali, tiga kali? kita semua memerlukan transformasi pada kawasan kita siapa boleh bawa? Hanya BN boleh beri mandat insyallah Sungai Siput akan berubah dibawah pemerintahan kita,” katanya yang menerima sorakan gemuruh daripada para penyokong BN bahagian Sungai Siput hari ini.

Turut hadir sama Menteri Besar Datuk Seri dan calon bagi Parlimen Sungai Siput P. 062,Datuk Devamany S. Krishnasamy,Dun Lintang, Datuk Zolkafly Harun dan Dun Jalong Datuk Tan Lian Hoe.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");