Berita Hari Ini

Perkhidmatan bas percuma pada 9 Mei

KUALA LUMPUR – Pengusaha bas henti-henti Semenanjung Malaysia bercadang untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pengundi yang keluar membuang undi pada PRU14, 9 Mei ini.

Pengerusi Penaja Bas Henti-henti Malaysia, Basri Baharom berkata, bagaimanapun pihaknya perlu mendapatkan kelulusan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi meneruskan cadangan berkenaan di setiap negeri di Malaysia.

Setakat ini, katanya, hanya syarikat The Kulim Baling Transport yang beroperasi sekitar Baling dan Kulim yang disahkan akan memberikan perkidmatan bas percuma pada hari pilihan raya.

“Memang 150 syarikat dalam persatuan bercadang mahu berikan perkhidmatan percuma kepada penumpang yang keluar mengundi, namun kita kena tunggu kelulusan SPAD.

“Setakat ini hanya Kulim Baling sahaja yang sah akan berikan perkhidmatan percuma pada 9 Mei,” katanya kepada pemberita ketika sidang media, hari ini.

Sementara itu, Basri berkata, persatuan berkenaan turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak khususnya memperkenalkan Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) bagi membantu pengusaha bas henti-henti sejak 2012.

Menurutnya, peruntukan dana berjumlah kira-kira RM 400 juta sejak 2012 itu telah banyak membantu para pengusaha bas meneruskan operasi memberi perkhidmatan bas kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan luar bandar.

“Perdana menteri juga meneruskan transformasi perkhidmatan bas henti-henti dengan memperkenalkan perkhidmatan MyBas yang mula diperkenalkan di beberapa bandar seperti Kangar, Seremban, Kuala Terengganu dan Ipoh.

“Kami menyokong penuh program transformasi bas henti-henti yang dilaksanakan kerajaan yang dimulakan dengan Dana ISBSF dan kemudiannya dengan Program MyBas.

“Kami sangat berharap agar bantuan Dana ISBSF ini akan diteruskan dan Program MyBas akan diluaskan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");