Perak Hari Ini

PERKOBF Perak Harap Kerajaan Semak, Batal Beberapa Konsesi

IPOH: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Negeri Perak berharap kerajaan negeri yang diterajui barisan kepimpinan baharu pada pasca Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) dapat menyemak semula dan membatalkan beberapa dasar serta konsesi  yang dilihat seolah-olah berat sebelah.

Yang Dipertua persatuan, Zairol Hizam Zakaria berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mewujudkan agihan kerja-kerja seperti yang melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu dilakukan secara adil dan telus.

Beliau juga berharap agar selepas ini, proses pengagihan kerja-kerja tersebut tidak terus dimonopoli oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Zairol yang bercakap kepada media sejurus mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahlinya di Bangunan PERKOBF Perak, dekat sini, pada Rabu turut mencadangkan agar kerja-kerja yang melibatkan kos RM200,000 ke bawah, diagihkan secara undian serta penilaian menerusi sebut harga.

“Kami memohon untuk RM100,000 ke bawah, ia dibuat secara undian. Bagi RM100,000 ke atas pula ia dibuat mengikut sebut harga.

“Dengan cara ini, ianya memungkinkan kontraktor kelas F seperti kami ini, dapat meningkatkan keupayaan diri pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, beliau mencadangkan agar ianya dapat dikelola oleh Jabatan Kerja Raya (JRK) dan dijalankan secara manual, tanpa melibatkan undian berkomputer.

Dalam pada itu, Zairol turut menyatakn hasrat agar pengkhususan B28 yang memberi fokus kepada kerja-kerja pengubahsuaian rumah kediaman persendirian dapat dikuatkuasakan.

Jelasnya, inisiatif yang diperkenalkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) beberapa tahun lalu itu dilihat baik kerana bertujuan membela nasib kontaktor Bumiputera namun, dari segi perlaksanaanya ia dilihat gagal.

“Pada dasarnya baik, namun tidak ada penguatkuasaan. Masih berlaku di mana pengeluaran wang kita kepada kontraktor dan pekerja-pekerja asing.

“Malah, kerja-kerja ini pun ada kita dapati ia dilakukan oleh pihak yang bukan kontraktor, dan tidak berlesen,” ujarnya.

Pada masa sama, Zairol berkata pihaknya berharap agar pimpinan kerajaan negeri dan persekutuan yang baharu ini dapat memberi mereka sinar harapan terhadap permasalahan yang membelenggu mereka sejak dua ke tiga tahun lalu itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");