Perak Hari Ini

Perlu Keluar Mengundi, Undi Rosak Tindakan Yang Salah- Mufti Perak

IPOH:Umat Islam tidak boleh mengasingkan diri daripada sistem mengundi sama ada secara suka ataupun tidak malah tindakan untuk tindak mengundi dan berniat merosakkan undi merupakan satu tindakan yang salah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata tindakan untuk tidak mengundi dan merosakkan undi tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada Islam dan perbuatan itu mensia-siakan hak yang diberi.

“Kesaksian kita tidak boleh disembunyikan dengan tidak mengundi mahupun undi rosak justeru warganegara yang layak adalah wajib mengundi atas dasar memberikan kesaksian.

“Kewajiban mengundi adalah satu tuntutan dalam Islam yang pastinya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Majoriti Ulama meletakkan hukum mengundi sebagai kesaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon diundi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang tanggungjawab sebagai pemerintah,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesaksian melalui mengundi hendaklah dilakukan kerana Allah SWT dan bertujuan menegakkan hukum-hukum Allah.

Mengulas mengenai persoalan sebagai pengundi Islam apakah yang menjadi kayu ukur atau neraca yang dipertimbang dalam memilih calon pemimpin yang baik, kata Harussani kepentingan Islam mesti diletakkan sebagai neraca paling utama.

“Islam menyeru perlantikan pemimpin berwibawa kerana mereka memegang amanah rakyat untuk mentadbir negara dan pemimpin berwibawa yang dimaksudkan adalah pemimpin yang membantu memenangkan Agama Islam serta menegakkan keadilan hukum Allah SWT seperti menjalankan tugas mendaulatkan Islam, mempertahankan maruah umat dan melaksanakan dakwah dan jihad.

“PRU adalah medium bagi rakyat memilih sendiri pemimpin, yang dikehendaki libatkan diri anda dengan proses besar dan penting ini.Jika kita tidak memilih calon yang baik maka calon yang tidak baiklah akan memimpin kita dalam lima tahun mendatang,buatlah pilihan yang bijak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");