Perak Hari Ini

Permohonan Jamaluddin Sertai PPBM Ditolak Tanpa Rundingan-MB Perak

IPOH:Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu menegaskan permohonan bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah ditolak tanpa rundingan.

Beliau menerusi satu kenyataan media hari ini berkata kehadirannya pada majlis kemasukan Adun Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada 14 Mei lalu di Hotel Kinta Riverfront hanya untuk meraikan penyertaan Zainol dan tidak maklum mengenai kehadiran Jamaluddin pada majlis yang sama.

“Saya ingin memaklumkan  bahawa  saya telah hadir ke satu majlis seperti yang semua maklum bahawa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin adalah antara mereka yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan Negeri Perak selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu dan kehadiran saya tidak lain hanya untuk menerima kemasukan beliau dan meraikan penyertaan
yang lain sebagai tanda sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Negeri Perak.

“Namun setelah berakhir sidang media saya dimaklumkan kehadiran Jamaluddin yang telah menjadi salah satu faktor pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis pentadbiran di Negeri Perak pada tahun 2008,” katanya.

Berikutan itu katanya setelah mengambil maklum semua perkara dan asas yang kukuh permohonan Jamaluddin Mohd Radzi untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah ditolak tanpa rundingan

“Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan sesiapa sahaja ke dalam Pakatan Harapan khususnya di Negeri Perak akan dibawa untuk pertimbangan yang tegasagar segala episod duka rakyat tidak berulang,” katanya.

Faizal turut mengucapakan terima kasih kepada rakyat Parak yang memberikan kritikan keatas isu tersebut.

“Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Perak yang bersama-sama saya teguh untuk memastikan Kerajaan Perak terus mendahulukan rakyat dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Jamaluddin Mohd Radzi terdahulu merupakan bekas Adun Parti Keadilan Rakyat yang bertindak keluar parti menjadi adun bebas dengan dua lagi adun pada tahun 2009 hingga menyebabkan PKR gagal memerintah Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");