Berita Hari Ini

Perubahan Waktu Operasi UTC Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia beroperasi mulai pukul 8.30 pagi hingga 5 petang sepanjang bulan Ramadan.

UTC terbabit ialah UTC Melaka, UTC Kuala Lumpur, UTC Perak, UTC Pahang, UTC Kedah, UTC Johor, UTC Terengganu, UTC Kelantan, UTC Perlis, UTC Negeri Sembilan, UTC Sentul, UTC Keramat, UTC Sungai Petani dan UTC Pasir Gudang.

Manakala di Sabah dan Sarawak serta Labuan pula semua UTC beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Ia melibatkan UTC Sabah, UTC Sarawak, UTC Labuan, UTC Miri, UTC Sibu, UTC
Tawau dan UTC Keningau .

Penutupan awal UTC sepanjang Ramadan itu bagi menjaga kebajikan semua petugas dan pada masa yang sama tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat, menurut Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");