Sukan Hari Ini

Pesan Beckham Kepada Zidane ‘Tolong Kalahkan Liverpool, Tolonglah!’

DAVID Beckham mungkin telah lama meninggalkan Manchester United, namun ‘kebencian’ penyokong Liverpool kepadanya masih berbaki di sudut hati mereka.

Perasaan tersebut pastinya lebih membuak-buak apabila bekas kapten England itu sengaja ‘membakar’ perasaan penyokong The Reds.

Beckham meminta bekas rakan sepasukannya ketika bersama Real Madrid, Zinedine Zidane supaya mengalahkan Liverpool dalam aksi akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok.

“Sukses sebagai pemain dan kini berjaya sebagai bos, bos besar sesuatu yang menakjubkan,” jelas Beckam kepada Zidane.

“Saya hanya mahu mengucapkan kepada Zizou, bos, presiden dan kelab selamat berjaya dalam final Liga Juara-Juara.

“Dan tolong kalahkan Liverpool, tolonglah!”.

Sementara itu, Real Madrid yang cuba merakam rekod kemenangan untuk kali ketiga berturut-turut kejuaraan ini mengakui terpaksa menempuh laluan sukar untuk ke Kiev.

“Kami menderita dan melakukan banyak kerja untuk ke final.

“Banyak pengorbanan terpaksa dibuat, kerja keras dan sumbangan peribadi daripada semua orang.

“Sekali saya memutuskan untuk menjadi jurulatih, saya fikir semuanya tidak mustahil.

“Saya tahu menjadi jurulatih Real Madrid boleh mencapai perkara hebat,” ujar Zidane.

Perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev pukul 2.45 pagi Ahad ini.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");