Perak Hari Ini

PH Boleh Mula Kemuka Nama Calon Ahli Majlis PBT- EXCO

IPOH: Kesemua komponen parti Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak boleh mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi mengisi jawatan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh daerah kepada Kerajaan Negeri, bermula hari ini sehingaa 25 Jun 2018.

Ia berikutan daripada pengumuman Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, yang menamatkan perkhidmatan ahli-ahli majlis yang dilantik sebelum ini, pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, mereka yang telah berkhidmat sebelum ini diberhentikan secara automatik, tanpa perlu dikemukakan sebarang notis atau surat.

“Majlis angkat sumpah jawatan ahli-ahli majlis dijangka akan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Perak bersidang. Mengikut undang-undang, ia harus bersidang daripada tempoh tiga bulan selepas parlimen dibubarkan.

“Oleh kerana sekarang merupakan bulan Ramadan ianya dirasakan tidak sesuai. Kita jangka ia akan diadakan selepas hari raya.

“Selepas semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah, kita akan tetapkan satu tarikh untuk giliran Ahli Majlis PBT, dan akan dikuti dengan ketua-ketua kampung,” katanya.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat turut mengumumkan empat prinsip iaitu Bersih, Bebas Rasuah, Ketulusan dan Berkesan dimana ia akan menjadi teras kepada dasar-dasar kerajaan tempatan di Perak dalam mengurus selia hal-hal permasalahan rakyat.

Selain itu, Choo Kiong juga mengumumkan, quota bagi wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dalam Ahli Majlis PBT digugurkan atas alasan ianya pernah disalahguna pihak-pihak berkepentingan tertentu yang ‘bersembunyi’ disebalik nama NGO.

Bagi status Majlis Masyarakat Sivil (MMS) PBT, ujarnya ia akan dibincangkan dengan EXCO yang mengurus hal ehwal masyarakat sivil.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kerajaan negeri berminat untuk mengadakan pilihanraya PBT, beliau berkata ianya akan dikaji dan kemungkinan akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");