Berita Hari Ini

PM Umum 3 Menteri Kabinet Utama

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau berkata buat masa sekarang hanya tiga menteri bagi portfolio utama diumumkan manakala menteri bagi baki tujuh lagi kementerian termasuk Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Dr Mahathir mengumumkannya pada satu sidang media selepas selesai mengadakan mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor, di sini hari ini lapor Berita Harian.

Beliau berkata, Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan parti komponen PH sendiri termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.

“Majlis Penasihat Kerajaan antaranya akan dianggotai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram, Robert Kuok dan Tan Sri Hassan Marican” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");