Berita Hari Ini

Polis Nafi Serbu Kondo Ahli Keluarga Najib

KUALA LUMPUR: Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini petang Sabtu, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tengah hari Sabtu.

“Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan.

“Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggota polis bantuan di apartmen itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.

Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu petang Sabtu susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.

Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati kira-kira 10 petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi bagi membuat liputan. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");