Perak Hari Ini

Polis Perak Edar Bubur Lambuk Pada Anggota Bertugas, Orang Awam

IPOH:Polis Perak mengagihkan 1,600 bungkus bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai dan anggota yang bertugas bersempena program memasak bubur lambuk Ramadhan tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, acara yang dijalankan setiap tahun ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) melibatkan pelbagai pihak terutamanya orang awam.

“Seperti kebiasaan bertempat di kediaman Ketua Polis Perak pihak Polis dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Perak serta dibantu Maggi(Nestle Products Sdn. Bhd.) selaku penaja barangan telah berkongsi kepakaran seorang chef mereka bagi memasak bubur lambuk kali ini,” katanya ketika ditemui pada sesi agihan bubur lambuk di sini hari ini.

Katanya, bubur lambuk tersebut akan diagihkan kepada para anggota yang bertugas di balai-balai dan juga di lapangan bagi sama merasai kenikmatan bulan puasa kali ini.

“Sebanyak enam kawah bubur lambuk telah disediakan secara bergotong-royong yang bermula seawal jam 6 pagi tadi melibatkan seramai 200 sukarelawan termasuk daripada pihak Maggi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");