Perak Hari Ini

PPBM Tanjung Malim Mahu Tindakan Tegas Dikenakan Pada ‘Sir Azri’

BIDOR:Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Malim mendesak agar tindakan tegas dikenakan kepada blogger dengan nama panggilan Sir Azri atau Papagomo.

Ahli Jawatankuasa PPBM Tanjung Malim Azirul Syafiq Sazali berkata, desakan itu dibuat pihaknya berdasarkan satu video yang dimuatnaik di Facebook milik Sir Azri yang didapati mengandungi niat jahat dan berbaur hasutan.

“Berdasarkan ucapan dalam video tersebut Wan Muhammad Azri Wan Deris atau papagomo telah membuat ucapan provokasi bagi mewujudkan perbalahan antara kaum Cina dan Melayu.

“Sentimen yang dimainkan berdasarkan klip video tersebut adalah tentang mempertikaikan kerajaan DAP serta mengkritik bangsa Melayu dengan menggunakan perkataan Melayu bodoh.

“Perkataan yang dikeluarkan Papagomo itu dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan antara kaum,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Terdahulu dua laporan Polis telah dibuat berkaitan unsut hasutan dan niat jahat bagi memecahbelahkan keharmonian serta menimbulkan ketidaksefahaman antara kaum dan tindakan blogger itu didakwa mempertikaikan perlembagaan dalam pentadbiran dalam negara ini.

Katanya tuduhan yang dilemparkan bahawa PRK wujud kerana Tun Dr Mahahir Mohamad juga adalah berniat jahat dan memecahbelahkan pentadbiran bagi Pakatan Harapan serta menghasut rakyat kepada perbalahan.

“Tindakannya itu seolah mempertikaikan dasar perlembagaan dan kewujudan kaum Cina dari parti DAP di negara ini, kenyataannya juga amat biadap dan keterlaluan yang dilemparkan tuduhan kepada Perdana Menteri ketujuh kita.

“Dia turut menuduh Parti DAP menolak agama Islam dan bangsa Melayu itu juga berniat jahat serta menghasut rakyat keseluruhan bahawa parti DAP dikatakan menolak agama Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Jelasnya video yang tular sejak tiga hari yang lalu dikhuatiri akan mencetuskan provokasi dan ketidaksefahaman antara kaum terutama Cina dan Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");