Perak Hari Ini

Prof Aziz Bari: Ada Ilmu Tapi Seperti Tiada Akal

Isu-isu melibatkan hak tanah nampaknya antara perkara yang begitu mendapat keprihatinan kepimpinan DAP.

Seperti di Perak ini tidak ada perkara lain, isu tanah sentiasa dimainkan mungkin kerana DAP gagal mendapat hak milik tanah 999 tahun berikutan BN berjaya merampas semula negeri itu satu ketika dahulu.

Namun, Pilihanraya Umum ke 14 sekali lagi DAP membawa kuda tunggangan mereka untuk membangkitkan isu hak milik tanah semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Kenyataan calon Dun Tebing Tinggi, Prof Dr Abdul Aziz Bari ternyata tidak menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Perak, Al Yashir Yahaya dalam kenyataannya memberitahu bahawa amat pelik kelakuan seorang pakar perlembagaan yang dijadikan calon payung terjun di DUN Tebing Tinggi.

Katanya, Aziz dalam satu video yang tular di media sosial telah mengutuk serta menuduh Menteri Besar Perak seorang yang pemalas.

“Sebagai anak muda, saya lebih menilai aspek-aspek keterampilan serta visi calon itu sendiri.

“Saya sangkakan beliau seorang calon yang akan membawa polisi-polisi baru serta aspirasi segar untuk kawasannya.

“Nyata saya silap selepas menonton klip video temuramah beliau yang penuh dengan politik kebencian, amarah, dan bersifat negatif. Hilang hormat saya pada seorang yang bergelar Professor seperti beliau.

Jelas beliau lagi, Aziz perlu sedar bahawa dia bukanlah rakyat Perak malah tidak bermastautin di negeri ini.

Katanya, calon DAP itu hanyalah calon payung terjun di DUN Tebing Tinggi yang hanya akan dipergunakan untuk kepentingan parti berkenaan.

“Jangan kerana hendak menang, habis semua orang dimarahi dan dibenci.

“Menteri Besar Perak telah melakukan banyak pembaharuan di negeri ini dan saya sangkal dakwaan Prof Dr tentang masalah tanah di negeri Perak ini terlalu besar.

Yashir dalam masa yang sama mengingatkan Aziz supaya melihat dahulu serta memberi penyelesaian kepada isu tanah Ijok di negeri Selangor yang tiada berkesudahan selain isu pembangunan tanah di negeri Pulau Pinang yang telah mengakibatkan bencana alam.

“Buat pengetahuan Prof Dr, banyak Rancangan Tanah Berkelompok dibangunkan, peneroka-peneroka haram diambil tindakan, isu tanah setinggan diselesaikan di bawah pentadbiran Dr Zambry.

“Prof Dr perlu buat ulangkaji dan lebih spesifik di dalam membuat tuduhan kerana ianya adalah asas ukuran pembawakan politik Prof Dr,” katanya lagi.

Zambry terdahulu telah melakukan pemukiman di Perak yang sudah tentu turut melibatkankan kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");