Perak Hari Ini

Program Jimat Belanja Dapur FAMA Terus Dapat Sambutan

LENGONG:Orang ramai khususnya suri rumah dan peniaga makanan disaran merebut peluang mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan menerusi program singgah santai@Pasar Tani Lenggong sempena program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad berkata program jimat belanja dapur menyediakan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dan promosi istimewa untuk orang ramai.

“Setiap hari Khamis Fama mengadakan pasar tani di pekan Lenggong ini dan mengadakan promosi tertentu yang lebih menarik barangan dijual lebih murah contohnya cili masak yang harganya menjadi rugutan suri rumah ketika ini pasaran biasa RM12 ringgit sekilo hari ini dijual pada harga RM7.50 penjimatan satu kilo sebanyak RM4.50 jadi suri rumah dan peniaga katering perlu mengambil kesempatan ini kerana hampir separuh harga ditawarkan.

“Pada jualan jimat hari ini juga potongan harga 5 ke 20 peratus lebih murah dan pelbagai promosi lain seperti ayam setiap ekor dijual apabila ditimbang akan ditolak seringgit,” katanya.

Katanya program sebegini perlu dimanfaatkan kepada orang ramai agar berbelanja secara berhemah dan bijak.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dun Kota Tampan turut beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Hadir sama Pengarah FAMA Negeri Perak Basri Jasmo.

Tinjauan Peraktoday mendapati program JBD mendapat sambutan yang mengalakkan apabila hampir kebanyakan produk laris terjual terutamanya ayam segar dan minyak masak.

Sementara itu jelas Basri program JBD bergerak ke semua di  pasar tani di negeri Perak termasuk di lokasi tetap iaitu di bazar raya 1Malaysia dan Agro Bazar kedai Rakyat yang berlangsung setiap minggu.

“Program ini berlangsung setiap minggu menawarkan harga promosi berpatutan kadang kala melebihi 20 peratus potongan harga melibatkan 27 jenis barangan,” katanya.

Terdahulu JBD melibatkan penurunan harga meliputi hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur, buah, barangan runcit,ayam segar,ikan,barangan kawalan seperti minyak,tepung,gula dan produk proses daripada Agromas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");