Perak Hari Ini

PRU-14: Husni,Isteri Keluar Mengundi

IPOH:Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan isteri Datin Seri Fauziah Kamarudin keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), hari ini.

Katanya pengundian pada PRU-16 merupakan kali ke-6 bagi dirinya.

“Undi kali merupakan kali-6 dan terdahulu saya telah melawat ke kawasan pengundian di Manjoi kerana kawasannya besar,” katanya yang ditemani isterinya yang turut mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Jati hari ini.

Husni turut mengakui tersentuh hati dengan respon penduduk sekitar Parlimen Tambun yang cukup mesra dan baik.

“Kebanyakan mereka mengenali saya dan mereka bersalaman dengan saya.Mereka turut bergambar dengan saya sangat tersentuh hati,” katanya.

Beliau terdahulu beratur panjang hampir satu jam bersama-sama pengundi lain sekitar jam 12 tengah hari tadi.

“Saya beratur hampir sejam dan tidak manis memotong barisan kerana beratus orang sedang beratur namun saya berpuas hati melihat ramai pengundi keluar mengundi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");