Berita Hari Ini

PRU14: 860 kertas siasatan dibuka

KUALA LUMPUR – Sebanyak 860 kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kesalahan dalam tempoh enam hari berkempen dalam PRU14 sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesalahan yang banyak dilaporkan ialah membabitkan kes khianat.

Menurutnya, kes khianat yang disiasat termasuklah menjatuhkan poster, menconteng, bakar bendera dan bakar pusat kempen seperti yang berlaku di Perlis, Kedah dan Melaka.

“Selain itu, kita juga telah membuka 17 kertas siasatan melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan 14 lagi membabitkan penggunaan dron di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Malah, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 17 warga tempatan telah ditahan kerana salah laku. Seramai 15 orang telah diambil keterangan dan dibebaskan, manakala dua lagi ditahan kerana masing-masing terlibat dalam pergaduhan di Johor serta menyamar sebagai penjawat awam di Sabah,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Mohamad Fauzi mengharapkan agar kempen PRU14 ini berjalan lancar sehingga hari pengundian pada 9 Mei depan.

Sementara itu, Mohamad Fuzi ketika ditanya sama ada pihaknya akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan pesawat yang disabotaj, katanya, ia bergantung kepada keperluan.

“Kes ini disiasat oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Kita akan panggil beliau (Tun) jika ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");