Perak Hari Ini

PRU14: Rashidi Yakin Rakyat Akan Beri Penilaian Rasional, Pertahankan BN Di Pasir Panjang

LEKIR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim menzahirkan keyakinan terhadap pengundi yang akan membantu beliau mempertahankan kerusi yang pernah disandangnya penggal lalu.

Beliau juga yakin bahawa rakyat akan memberi penilaian rasional dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) selain berjanji akan terus menyumbang kepada kesejahteraan di kawasan tersebut, sekiranya diberikan mandat sekali lagi.

Mengulas tentang pencalonan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai calon Parlimen di Lumut yang mana DUN Pasir Panjang  berada di dalamnya, Rashidi berkata beliau berbangga dan berharap rakyat juga dapat memberi kemenangan kepada Zambry.

Tambahnya walaupun Parlimen Lumut pada penggal lalu dipegang oleh pembangkang namun Menteri Besar tetap membela nasib rakyat di sini selain membantu Rashidi dalam membangunkan Pasir Panjang.

“Di DUN Pasir Panjang kita menerima limpahan kemajuan daripada pentadbiran Menteri Besar dan di sini, kita pusatkan ia di Batu 10. Banyak pembangunan yang kita terima antaranya, naik taraf masjid dan surau, pembinaan sekolah-sekolah agama, sekolah berasrama, dewan-dewan komunti serta pasar tani kekal dan klinik kesihatan,” katanya.

Tambahnya lagi, jika diberi mandat sekali lagi pada pasca PRU14, beliau akan membangunkan sebuah pusat sukan, juga di kawasan Batu 10.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sesi lawatan beliau bertemu pengundi-pengundi di dalam DUN Pasir Panjang, dekat sini, pada Selasa.

Ketika ditanya berkenaan pertembungan tiga penjuru yang berlaku di kawasan yang ditandinginya, Rashidi berkata beliau bersedia malah ianya bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan pada Piliharaya Umum yang lalu juga berlaku perkara yang sama.

Pada PRU14, Rashidi akan mempertahankan kerusinya yang mana ia bakal direbut oleh calon PKR yang diwakili Yahaya Mar Nor dan Rohawati Abidin dari Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");