Perak Hari Ini

PRU14: Zahid Berjaya Pertahan Bagan Datuk

IPOH: Kerusi Parlimen Bagan Datuk, menepati ramalan penganalisa politik tempatan apabila calon daripada Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi yang pernah disandangnya penggal lalu dengan majoriti sebanyak 5,073 undi.

Ahmad Zahid berjaya mengalahkan dua calon pembangkang, dari PKR, Pakhrurrazi Arshad (13,836 undi) dan PAS yang diwakili Ata Abdul Muneim Hasan Adli (4,061 undi)

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, penyandangnya, Datuk Shahrul Zaman Yahya juga berjaya mempertahankan kerusinya dengan majoriti undi 3,069 dari dirampas calon PKR, Hatim Musa (3,460 undi) dan PAS, Mohd Mohkheri Jalil (2,430 undi).

Sementara itu, kerusi DUN Hutan Melintang, calon BN, Khairuddin Tarmizi menang dengan majoriti undi sebanyak 10,961, menewaskan calon PKR, G.Manivannan (10,220 undi) dan calon PAS, Mohd Misbahul Munir Masduki (3,150 undi).

Keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");