Perak Hari Ini

PRU14: Zambry, Isteri Selesai Tunai Tanggungjawab Mengundi

PANGKOR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merupakan antara warga Pulau Pangkor yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), hari ini.

Zambry yang juga Menteri Besar tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, dekat sini, pada jam 9.45 pagi diringi isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, anak, menantu dan cucu.

Beliau yang berkemeja biru dan Saripah anggun berbaju kurung biru tua selesai menunaikan tanggungjawab mereka pada jam 10.45 pagi.

Suasana pusat mengundi tenang dan berada dalam keadaan terkawal daripada sebarang insiden.

Zambry yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor yang disandangnya sejak 2004 itu berdepan dengan cabaran dari calon PKR, Nordin Ahmad Ismail dan PAS, Zainal Abidin Saat.

Selain itu, beliau yang memecah tradisi Menteri Besar BN dengan turut bertanding di kerusi Parlimen Lumut itu berhadapan dengan calon PKR, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Kehadiran calon PAS, Zamri Ibrahim, melengkapkan saingan tiga penjuru di kerusi tersebut.

Difahamkan, jumlah pemilih yang berdaftar bagi Parlimen Lumut ialah seramai 67,157.

42,402 pemilih bagi DUN Pasir Panjang dan 24,755 di DUN Pangkor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");