Panasnya Hari Ini

Pua Elak Jumpa Wartawan

BENTONG: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terus mengelak daripada media yang meminta penjelasan berhubung pendedahan Penolong Penerbit UbahTV, Amran Ahmad mengenai rekaan puluhan risalah dan rakaman video oleh DAP bagi memfitnah kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Pua yang ditemui selepas menyampaikan ceramah di Taman Indah, Karak, dekat sini, malam tadi terus melarikan diri sebaik didekati wartawan ketika diminta mengulas pendedahan dibuat Amran yang juga ahli seumur hidup DAP.

“Tak payahlah…tak payahlah,” katanya ringkas lapor Berita Harian.

Semalam, media melaporkan, DAP semakin terdesak dalam kempen pilihan raya sehingga didakwa sanggup mereka puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Amran ketika mendedahkan perkara itu, dilaporkan berkata semua bahan propaganda berniat jahat dan berunsurkan fitnah itu sudah siap dan akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian Rabu ini.

Beliau mendakwa, antara fitnah sedang dan akan terus disebarkan parti pembangkang itu adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), FELDA dan Tabung Haji, selain menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.

Amran tampil membuat laporan polis semalam kerana tidak mahu lagi bersekongkol menabur fitnah di bawah Unit Publisiti diketuai Tony Pua.

Sementara itu, Pua dalam ceramahnya terus menyebarkan fitnah berhubung isu dana RM2.6 bilion didakwanya adalah daripada syarikat 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara tuduhannya adalah kegagalan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara menyiasat perkara itu.

Beliau turut mencabar Najib supaya mengemukakan penyata kewangan bagi membuktikan dana RM2.6 bilion itu diterima daripada penyumbang daripada Arab Saudi dan akan berundur daripada pilihan raya umum serta politik sekiranya bukti berkenaan dapat ditunjukkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");