Panasnya Hari Ini

Ramai penyokong Harapan dalam senyap

DUNGUN – Walaupun kurang menonjol jika dibandingkan dengan calon parti lain, Calon Pakatan Harapan Bukit Besi, Mohamad Arif Arifin yakin mampu memenangi hati pengundi.

Katanya, sudah tentu Pakatan Harapan mempunyai penyokong tersendiri dan dalam senyap mereka memilih parti itu.

“Dalam senyap ada penyokong Pakatan Harapan di Bukit Besi.

“Program jelajah Pakatan Harapan yang membawa Tun Dr. mahathir Mohamad juga satu kelebihan dan ramai pengundi Bukit Besi yang hadir.

“Dengan izin Allah, kita akan menang di Bukit Besi,” katanya.

Mohamad Arif berkata, gerak kerja mendekati pengundi giat dijalankan .

“Kita sudah masuk seluruh kawasan Bukit Besi dan kita akan teruskan lagi.

“Sambutan amat menggalakkan dan memang kita ada penyokong secara diam-diam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");