Berita Hari Ini

Rancang bina hospital baharu

HANG TUAH JAYA – Sebuah hospital baharu dengan anggaran kos RM1 bilion sedang dirancang untuk dibina di kawasan Hang Tuah Jaya, dalam usaha mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, projek itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia seterusnya, dengan proses pembinaan dijangka bermula pada penggal selepas pilihan raya umum nanti.

“Kerajaan merancang membina hospital baharu itu bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan rakyat terus dijaga.

“Hospital Melaka kini dilihat semakin sukar menampung keperluan kesihatan rakyat yang semakin meningkat,” ujarnya.

Katanya, hospital baharu berkenaan akan dibina di kawasan seluas 48 ekar dan bakal menjadi hospital utama, manakala hospital sedia ada akan ditukar fungsi menjadi hospital daerah Melaka Tengah, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");