Berita Hari Ini

Respon Arul Kanda Selepas Dilabel Menteri Sebagai ‘Tak Jujur’, ‘Tak Boleh Dipercayai’

“Tidak adil”. Begitulah respon Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyifatkan beliau sebagai ‘tidak jujur’ dan ‘tidak boleh dipercayai’.

Menyifatkan kenyataan Guan Eng sebagai serangan peribadi keatasnya, Arul Kanda berkata menteri Pakatan Harapan (PH) itu tidak memberikan gambaran sebenar berhubung pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu.

“Semasa mesyuarat yang dirujuk dalam kenyataan YB Menteri Kewangan, saya ditanya pelbagai soalan, yang mana saya menjawab sejujurnya dan terbaik mengikut ingatan saya, tetapi tanpa sebarang dokumen sokongan bersama saya pada waktu itu.

“Justeru saya menjawab semua soalan sebaik mungkin, sejujurnya dan sekuat ingatan saya, mengingati rekod syarikat, pengetahuan peribadi saya, dan ingatan saya terhadap maklumat yang diberikan oleh pegawai syarikat.

“Pada pendapat saya, menteri tidak adil mengeluarkan kenyataan, yang langsung tidak tepat menunjukkan bagaimana soalan diajukan dan dijawab. Kedudukan dan konteks jawapan saya sengaja dikeluarkan memberi gambaran buruk kepada saya,” kata Arul yang mengeluarkan kenyataan diluar kapasiti sebagai pekerja 1MDB.

Semalam, Guan Eng mengadakan pertemuan bersama Arul di Kementeri Kewangan, selepas bertemu dengan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob.

Menurut menteri, kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB memberitahu bahawa Bekas CFO syarikat, Azmi Tahir mengesahkan bahawa pelaburan AS$940 di Bank BSI, Singapura serta  dana pelaburan AS$1.56 bilion milik 1MDB Global Investment Limited – bernilai keseluruhan RM9.8 bilion – boleh membayar hutang syarikat untuk beberapa tahun akan datang.

“Arul Kanda pula mendakwa semua perkara kewangan ditangani oleh CFO syarikat, dan dia sama sekali tidak pasti nilai ‘pelaburan’ itu, atau sama ada ia wujud.

“Saya benar-benar sukar mempercayai seorang pengurus bank pelaburan bergaji tinggi dan ‘berpengalaman’ tidak tahu sama ada pelaburan bernilai RM9.8 bilion itu berlaku,” ujar Guan Eng.

Arul, dalam kenyataan mempertahankan dirinya menegaskan, beliau menyertai 1MDB pada Januari 2015, selepas beberapa badan berkuasa memulakan penyiasatan dan masih menjalkan siasatan terhadap 1MDB sehingga hari ini.

Tegas beliau, fokusnya pada masa itu sehingga hari ini adalah proses merasionalisasikan perniagaan syarikat.

“Paling penting, saya secara tegas menafikan apa yang dianggap sebagai fitnah dan serangan peribadi keatas saya oleh Menteri Kewangan. Justeru, diatas kapasiti peribadi, tiada kaitan dengan pekerjaan dan hanya khusus terhadap kenyataan beliau, saya telahpun mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam saya mengenai pilihan yang saya ada,” kata Arul menyatakan tidak menolak mungkin akan mengemukakan saman terhadap Guan Eng.

Dan pada masa sama, Arul turut bersedia untuk memberi kerjasama terhadap siasatan 1MDB.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");